Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn Bhd
(193566-V)

Contact Details

Address:
B42, Jln Dato' Lim Hoe Lek,
25200 Kuantan,
Pahang
Contact No:
09-513 7111
Fax:
09-514 6225
Contact Person:
Pn Zuraidah Adnan
Website:
Categories:
  1. Hospitals
  2. Medical Practitioners-Registered
  3. Clinics
Latar Belakang Syarikat

Pusat Rawatan Keluarga Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 16hb Februari 1990 dan terus memulakan operasi sebagai klinik pesakit luar oleh Dr. Hj. Abdul Razak bin Hj. Abdullah, Dr. Kamarizan bin Kamaruddin dan Allahyarham Dr. Shaikh Ahmad Lutfi bin Shaikh Ahmad.

Pada awal tahun 1991 perkhidmatan syarikat telah ditingkatkan kepada rawatan bersalin dan sakit puan. Pada 1hb April 1996, syarikat telah menukar nama kepada Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. setelah pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memiliki 40% dari saham syarikat.

Perkhidmatan syarikat ditingkatkan lagi pada November 2001 dengan mengadakan perkhidmatan X-ray sebagai satu lagi kemudahan untuk pesakit-pesakit kami dan pesakit di sekitar bandar Kuantan khasnya.

Perkhidmatan syarikat ini adalah sah dibawah Akta Hospital Persendirian 1971 di dalam Peraturan 3(2) dan mempunyai lesen tahunan yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. memberi perkhidmatan 24 jam bagi rawatan bersalin dan sakit puan serta klinik pesakit luar yang dinamakan Klinik Al Farabi yang beroperasi di bangunan yang disewakan di B40, B42 dan C738 di Jalan Dato Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan.

Syarikat juga mempunyai sebuah cawangan klinik pesakit luar yang dinamakan Klinik Al Farabi Jaya Gading yang beroperasi di A 5, Lorong Gading 11, Bandar Baru Jaya Gading, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi kepada setiap pelanggan atau pesakit.

  • Untuk mencapai dayamaju dan daya saing yang memberansangkan bagi perkembangan Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd.

  • Untuk memupuk dan memajukan daya pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan yang dinamik sejajar dengan mutu dan kewibawaan sebuah klinik atau pusat rawatan perubatan yang berdaya maju.

  • Untuk memajukan tenaga kerja yang bermotivasi dengan etika kerja yang sesuai (Etika Kerja Islam) dengan penuh tanggungjawab kepada Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. serta cekap dan bersopan santun kepada pelanggan atau pesakit.

  • Berusaha setiap masa untuk melindungi kepentingan-kepentingan pemegang saham Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. dengan tidak melupai kebajikan dan tanggungjawab sosial.
Copyright © 2008 TM Info-Media Sdn Bhd